Want your
own Fotopage?







 
aidiel's FotoPage

By: aidiel rizal

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 1-Nov-2006 01:21 Email | Share | Bookmark
Makam Kota Buruk Di Sungai Muar

Sungai muar
Sg
Makam Raja
kawasan makam
Akar pokok.seram!
PAnorama BAtu buruk dari sungai
Sampai tua
Panas terik.Jaket jangan lupa pakai
Pernah dengar tentang Kota Buruk Di muar?....mungkin tak ramai yang tahu kerana kota ini tidaklah se Gah kota kota lama yang lain .Namun hakikatnya kota buruk adalah sebuah kawasan yang sama tuanya dengan sejarah kesultanan melayu melaka.

Kota Buruk atau ada juga yang panggil Kota Biawak Busuk letakknya di tebing sungai muar , satu satunya cara tempat ini boleh dihubungi adalah melalui sungai muar itu sendiri.Kota buruk kini hanya tingal pada namanya sahaja.Dahulu tempat ini menjadi kawasan pelarian orang orang melayu tatkala melarikan diri dari serangan awal portugis.Kini yang tinggal hanyalah kawasan perkuburan lama dengan tarikh pada batu nisannya mencecah ratusan tahun.

Sejarah awalnya bermula semasa portugis menyerang melaka 1511.Menyedari bahawa portugis telah berjaya menawan dan membakar istana ,angkatan sultan melaka yang tertewas telah telah melarikan diri melalui jalan sungai dan darat ke arah selatan menuju ke Johor.Mereka berhenti rehat dan berkumpul di beberapa kawasan sepanjang perjalanan mereka.Salah satu tempat rehat mereka ialah sungai Bentayan di bandar muar dan kota buruk ini.Disinilah Sultan melaka dan orang orangnya melancarkan serangan ala gerila ke atas portugis di melaka walaupun tidak sehebat mana...

Angkatan tentera melaka berjumlah lebih kurang 12000 orang kalah dengan teruknya di tangan portugis yang jumlahnya tak sampai pun 500.Antara kelemahan di pihak Melaka ialah barisan pertahanan hadapannya rata rata terdiri daripada askar upahan jawa yang tidak terlatih.Mereka melarikan diri dan menimbulkan saat panik yang hebat semasa portugis menembak menggunakan meriam .Tentera Melaka ketika zaman silam hanya menggunakan keris,tombak,panah dan meriam Melayu bersaiz kecil yang boleh dikendong.

Kelebihan Portugis pula selain kapalnya yang mempu membedil meriam dari laut sampai ke tengah bandar melaka,dan senapang patah jenis tembak dan reload,mereka menggunakan taktik awal yang dikira bijak jugalah dalam mengelirukan orang orang melaka.Pada mulan nya orang orang portugis menyamar sebagai pedagang eropah dan menurunkan kotak kotak besar ke pantai kononnya berisi barang dagangan yang berat.Kotak kotak ini sebenarnya berisi meriam dari kapal kapal mereka yang sedang menyorok di persekitaran selat melaka.Pernah dengar cerita 12 orang portugis ditawan orang Melaka dan kapten alfonso de Alburge?...hal penawanan orang inilah yang digunakan oleh portugis untuk menghalalkan serangan ke atas orang orang Melayu bagi membalas dendam.Sehingga sampai masanya tentera Portugis membuka kotak kotak meraka di pantai tadi dan mempersiapkan meriam untuk serangan besar besaran.

agak agak cerita 500 tahun dahulu sama dengan halnya hari ini.Israel menyerang Lubnan atas dasar 2 orang askarnya ditawan Hizbollah.

Then dipendekkan cerita tak sampai 3 hari serangan Melaka pun kalahlah.Sultan pun melarikan diri bersama sama keluarga dan pengikut pengikutnya.Mulanya nak lari bawak harta benda sekali tapi dah tak sempat.Pernah tonton cerita Anna and the king?....Masa raja siam bawak rombongan keluarganya pi jalan jalan .Dalam cerita tu ada sebuah kereta bersalut emas yang ditarik oleh 2 ekor gajah.Well ..Sultan Melaka pun ada juga kereta Gajah macam tu in fact Sultan ada 5 kereta.

3 musnah dalam kebakaran semasa Istana di atas bukit ( Bukit Saint Paul ) dibakar Portugis. Satu ditinggalkan dalam perjalanan dan satu lagi rosak di Muar.

Kat sini aku nak tunjukkan gambar gambar persekitaran kota buruk tu.Gambar masa aku pi mancing ngan abah and abng long.Terlanjur mudik ke hulu sungai singgah sekejap ke kota buruk tu.Tempat ni dijaga dan terang juga tak bersemak.Mungkin orang bandaraya datang bersihkan kot.Dulu kota ni berbenting kayu dan lumpur..tapi sekarang dah tiada.Almaklum dah beratus tahun.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net